CINTA REMPIT
Di sebuah cerita kehidupan Tapan yang seorang mat rempit tegar yang tidak pernah takut akan undang undang jalan raya apatah lagi polis. Tapan yang menunggang motosikal yang berjenama yamaha 125zr movistar yang popular di kalangan mat motor.
Tapan adalah anak tunggal yang berusia 25 tahun. Mak dan Ayah Tapan selalu bising dengan sikapnya yang suka merempit pada tiap tiap malam minggu. Walaupun Tapan seorang mat rempit tapi hatinya sangat baik dan tahu halal haram tidak kerana dahulu Tapan pernah belajar di sekolah agama dan ilmu agamanya masih kuat di ingatannya. Tapan amatlah titikberatkan soal agama. Tapi malangnya Tapan terjebak dengan lumba haram pada usia 20 tahun akibat terpengaruh dengan rakan rakan iaitu Meon dan Aji. Mereka bertiga adalah kawan karib dari mereka berusia 5 tahun.
Mereka bertiga tidak pernah berenggang walaupun seminit ibarat aur dengan tebing. Meon dan Aji tidaklah berilmu agama seperti Tapan kerana Meon dan Aji tidak bersekolah agama seperti Tapan dan hanya sekolah menengah biasa. Mereka bertiga sangatlah minat pada motor 125zr dan sudah memilikinya dengan hasil mereka berkerja. Mereka bertiga selalu berconvoy motosikal dan menggembara, bercuti dengan hasil dari pendapatan mereka.
Pada suatu hari apabila Tapan berada di rumah sambil menolong ayahnya membaiki televisyen akibat dihempuk oleh ayahnya kerana warnanya menjadi hitam putih macam cerita P. Ramlee. Datangnya Meon ke rumah Tapan untuk mengajak Tapan berlumba lalu memanggilnya "TAPAN TAPAN". Tapan yang beralih ke Meon dan menjawab "Haa apadia?? "
Dialog Tapan dan Meon
Meon : malam ni jum, ada race
Tapan : cantik. pukul berapa??
Meon : macam biasa tempat biasa
Tapan : okay cun. jumpa sana
5 minit kemudian lepas itu, Tapan tinggalkan ayahnya yang sedang membaiki televisyen dan pergi menuju ke motornya untuk diperiksa. Tapan rem motornya ke rpm 9 yang begitu bising membuatkan jiranya tidak senang.
Ayah Tapan sudah syak yang bahawa Tapan akan berlumba kerana motornya yang sudah lama tidak dihidupkan. Ayahnya menjadi hairan tiba tiba motor Tapan dihidupkan
5 minit selepas itu Ayah Tapan melarangnya untuk pergi berlumba dan Tapan mengingkar kata kata ayahnya lalu dipandang oleh maknya yang hanya berdiam lalu Tapan keluar tanpa direstui ayahnya. Mak Tapan yang sedang berdiri di tepi almari hanya mampu berdiam sambil mengalirkan air mata. Selepas solat maghrib Mak dan Ayahnya berdoa agar Tapan berubah dan menjadi anak yang soleh seperti anak anak orang yang lain.
Tapan yang sedang menaiki motorsikalnya yang ingin menuju ke tempat berlumba lalu mengingati kata kata ayahnya tetapi hanya menjadi lintasan di ingatannya dan Tapan tetap dengan hasratnya untuk berlumba.
Bersambung ….
0 Response to "CINTA REMPIT "
Post a Comment