Kenali Pocong
Korang mesti tahu, orang yang sudah meninggal (arwah) ada alamnya sendiri, sesuai dengan kepercayaan masing-masing ya. Pocong tu confirm bukan mereka yang sudah meninggal, rumors ada yang kata si mati ini terlupa dibukakan tali pocongnya lah atau
si mati masih ada lagi urusan yang belum diselesaikan di dunia. Pocong merupakan perwujudan makhluk halus & jin. So basically nama "Pocong" itu sendiri adalah makeup, baju atau costume bagi makhluk halus/jin untuk menakutkan umat manusia.
Jadi kalau terjumpa dia, NOPE ! Itu bukan orang yang sudah meninggal. So jangan pergi tanya apa khabar, kang kau pulak yang meninggal kat situ HAHAHA
Pocong dia lagi suka tonjolkan diri pada seseorang sahaja bukan segerombolan orang. So kalau time tu kau seorang diri, watch out lah ye! HEHE. Sebab tu kalau korang tengok video orang indon buli hantu2 tu semua sampai tak ada harga diri.
Always hunt seorang, sebab kalau ramai2 hantu pon takut kena gangbang nanti. Dia akan lari kalau kau jumpa bantuan dari orang ramai, ketika dia sedang beusaha berkenalan dengan kau.
Tapi inilah yang perlu anda pelajari sifat positif dari pocong yer, PLAY FAIR, tak main bawak member tapi one by one. Kalau berani ajak dia masuk octagon.
Pocong suka lepak tempat pembunuhan, bunuh diri, kebakaran maut etc. Kecuali korang suka pergi tempat2 macam tu juga, asal nak pergi tempat2 macam tu hah? Cita rasa 2x5 sama dengan pocong. Bro, Malaysia masih luas bro, cuba pergi tempat2 cantik sikit.
Beberapa pengakuan menyatakan bahawa pintu rumah/flat/apartment/bilik biasanya diketuk pada pukul 12 malam ke atas dengan bunyi yang sangat kuat. Yes, bunyi berdentum , macam bukan dilakukan pakai tangan. Pakai apalagi? kepala lah.
Tahu sendiri kan tangan pocong kena bungkus rapat dengan kain kafan. Sebab orang sekarang pasang panggar lepas pintu. Biar sakit pale pocong tu HAHAHAHA. Tak pernah dengar ketuk pintu pakai kepala? Cer korang try ketuk pale sendiri kat pintu tu. Macam tu lah bunyi dia HAHAHA
0 Response to "Kenali Pocong"
Post a Comment