Pekerja di Malaysia UNDERVALUED??
Baru-baru ni abam sabu sengaja cari kerja di Malaysia.
Terkejut tengok! Requirements untuk kerja Engineer terlalu tinggi dan job scope terlalu luas. Tengok balik gaji yang ditawarkan, RM2500/bulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya.. memang betul. Gaji RM2500.
Kawasan kerja di Puchong. Di mana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar.
Kos pengangkutan, tol, minyak dan parking pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat "kena ada kenderaan sendiri" pula di mana menelan kos sekitar RM300/sebulan.
Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insurans, KWSP adalah sekitar RM 1500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.
Lepas tu banding pula cari kerja di Jepun.
Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Bersih sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insurans dan KWSP.
Sewa rumah sekitar RM2000-3000.
Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan.
Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.
Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid?
Bagi saya rasanya pekerja professional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.
Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi.
Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar dari bidang engineer. Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.
Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan?
Maaf.. panjang pulak meroyan. Haha..
Saya hanyalah slowly mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.
Siapa nak kerja Jepun? Basically kena pandai cakap Jepun seba diorg x reti bahasa lain selain Jepun. JLPT N2 dah cukup dah. Kalau nak kerja illegally ada je. Tapi nanti kena kerah/ tipu takde siapa nak back up. Risiko tinggi.
0 Response to "Pekerja di Malaysia UNDERVALUED??"
Post a Comment