MACAM MACAM REZEKI
Apa² yg dilangit dan di bumi adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah tempat kita kembali. Jika nak hitung nikmat Allah,tak terhitung nikmat Allah.
Rezeki ialah apa² yg kita ambil manfaatnya. Apa yg kita nafkahkan itulah rezeki.
1)Rezeki bertemu dgn Allah
2)Rezeki mendapat syurga Allah.
3)Rezeki yg kita dapat cth makan,minum pakaian hingga senyuman yg org beri itu juga adalah rezeki dari Allah.
KALAU REZEKI SUDAH DITAKDIRKAN,KENAPA PERLU BERKERJA?
Allah nyatakan setiap yg melata di muka bumi ini,Allah telah jamin rezekinya di Lut Mahfuz. Dan carilah apa yg dijadikan oleh Allah utk kita semua. Kita hendaklah mencari rezeki. Allah dah janjikan rezeki utk kita,kita perlu cari rezeki.
KITA MESTI BERUSAHA.
Ulat dalam batu juga rezekinya sudah dijamin oleh Allah. Tapi kita kena juga berusaha. Nak dapat kekayaan,mesti berusaha. Solat bukan syarat nak jadi kaya tapi dgn solat Allah beri keberkatan pada rezeki kita.
BAGI ORG YG BERIMAN, KEHIDUPAN MEREKA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
BAGI ORG KAFIR MEREKA HANYA KEJAR DUNIA SAHAJA.
ANAK² ITU REZEKI DAN ANAK² YG BAGAIMANA YG DIKATAKAN REZEKI?
Anak² yg solat itulah rezeki. Anak anugerah Allah. Allah beri kita anak itu adalah rezeki dan Allah tak beri anak itu juga adalah rezeki. Anak yg soleh,anak yg mendoakan ibubapanya itulah rezeki. Allah kata jangan bunuh anak² kerana takut miskin kerana Allah yg akan beri rezeki. Beri anak² ilmu Dgn ilmu anak² jadi anak yg berjaya. Org buat baik pada anak kita,itu juga rezeki. Bila matinya anak Adam terputus semua amalan kecuali antaranya doa anak² yg soleh.
BAGAIMANA YG DIKATAKAN TAK ADA ANAK ITU JUGA REZEKI?
Rezeki bukan sahaja apa yg kita dapat. Belum dapat anak itu juga rezeki kerana mungkin bila kita dapat anak,Allah akan uji dgn anak. Dan tak dapat anak,kita makin dekat dgn Allah dan makin memohon pada Allah. Banyakkan istighfar pada Allah.
APAKAH REZEKI YG PALING BESAR?
Rezeki yg paling besar bila kita dapat bertemu dgn Allah dan dapat syurga. Allah kata beri khabar gembira pada org yg beriman dan org yg melakukan amal² soleh. Perbanyakkan amal soleh.
BAGAIMANA NAK ISTIQAMAH DGN REZEKI YG ALLAH BERI DAN BERSYUKUR?
Boleh amalkan Ya~Razzak,Ya Fattah. Yg paling penting kita kena perbanyakkan bertadabbur dgn pemberi rezeki. Sesiapa yg bertaqwa pada Allah,Allah akan beri rezeki tanpa diduga.
KITA BERAMAL DGN YA RAZZAK DAN KITA TETAP PERLU BERUSAHA UTK DAPAT REZEKI.
Kita juga kena perbanyakkan berdoa dan bertawakkal pada Allah.
BANYAK LAKUKAN DOSA AKAN MENYEMPITKAN REZEKI.
BAGAIMANA YG DIKATAKAN REZEKI YG BERKAT WALAUPUN SEDIKIT?
Ada org pendapatan sedikit tapi cukup. Nak dapat rezeki yg berkat ialah dgn banyakkan bertaubat pada Allah dan berusaha cari rezeki yg halal.
JAUHKAN DARI REZEKI YG HARAM.
Banyakkan bersyukur,Allah akan tambah rezeki. Allah beri rezeki sesuai dgn keperluan kita. Kita akan rasa tenang dgn rezeki yg Allah beri dan kita mesti qannah dgn rezeki yg Allah beri. Bersyukur dgn rezeki dan perbanyakkanlah sedekah.
Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.
ReplyDelete