-->

TIPS | Menjalani Latihan Industri


Sembang Teh - Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran. Pelajar akan ditempatkan di jabatan- jabatan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta selama 20 minggu mengikut pusat pengajian masing masing, tujuan melakukan untuk  mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat pengajian. Pelajar disyaratkan untuk lulus latihan industri sebelum diperakui untuk penganugerahan Sijil,Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil dimana-mana pusat pengajian.

tips latihan industri

Pelajar dibenarkan untuk memilih tempat untuk menjalankan latihan industri sama ada memilih sektor swasta atau kerajaan.Setiap pelajar yang mengikuti latihan industri ini haruslah mematuhi setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan di sesebuah firma atau organisasi.Latihan industri ini dijalankan selama dua puluh minggu mengikut ketetapan yang digariskan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Antara kepentingan Latihan Industri kepada pelejar dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dalam bidang teknikal. Semasa di Pusat Pengajian pelajar hanya dapat belajar dengan terhad tetapi dengan adanya latihan industri kepada pelajar dapat meningkat pengetahuan dengan lebih lanjut dan mendalam tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan

Selain latihan industri, antara panggilan lain orang selalu guna ialah praktikal, internship atau job training. Berbalik kepada latihan industri, Disini terdapat sedikit tips sebelum menjalani latihan industri.

  1. Lengkapkan maklumat dalam buku jurnal seperti maklumat peribadi. Jangan isi semasa anda berada di organisasi latihan, itu menunjukkan anda tidak bersedia untuk menjalani Latihan Industri
  2. Datang awal ditempat yang anda akan dilatih, contoh melapor diri di organisasi pukul 8 pagi, datang sebelum 8 pagi dan jangan datang on time, Seeloknya awalkan sedikit untuk anda follow up tentang maklumat syarikat atau organisasi.
  3. Hormat menghormati seseorang pelajar kerana semasa menjalankan latihan industri pelajar akan berkemungkinan bertemu dengan orang yang berpangkat tinngi atau lebih berusia. Nilai hormat menghormati akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan ikhlas.
  4. Jangan merungut, jika majikan menyuruh anda melakukan kerja, lakukannya dengan baik disamping dapat menambah pengetahuan dan ilmu didada .
  5. Sentiasa isi apa yang anda dilakukan sepanjang seharian di organisasi di dalam buku jurnal dan jangan tangguhkan kerana ia adalah sebagai bukti bahawa anda telah menjalankan tugas yang diberikan sepanjang latihan industri dijalankan.



Baiklah itu sahaja tips yang penting, semoga tips ini dapat membantu korang yang bakal menjalani latihan industri nanti. GOODLUCK AND ALL THE BEST

1 Response to "TIPS | Menjalani Latihan Industri"

  1. memang bagus untuk latihan kemahiran mereka sebelum bekerja

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel