-->

Keindahan bukit bakau | BUKIT SULING




JAUH perjalanan, luas pemandangan. Meluangkan masa bercuti bersama rakan adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan saja untuk melapangkan fikiran, tetapi memberi peluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Kali ini, kami sempat menerokai tempat baharu yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang 


Kehijauan bukit-bukau, menjadi tarikan utama kami kerana ia adalah satu tempat yang menyenangkan. Perjalanan semasa mendaki kami teruja melihat alam semula jadi yang indah dengan latar kehijauan bukit sambil didengari bunyi burung berkicauan. 15 minit mendaki hujan mula turun "renyai renyai" dan mula membasahi bumi, Bau Air hujan mula naik dan menyenangkan waktu itu.

Semasa di puncak hujan mula berhenti dan kami sangat beruntung dapat melihat keindahan alam sesudah hujan, memang sangat cantik, ditambah pula dengan kabus. Keadaan sewaktu di puncak sangat sejuk seolah-olah sedang menikmati pemandangan indah seperti di Cameron Highland




bukit suling
Tapi ada suatu tempat yang melakukan pembersihan, pemotongan pokok seperti penghapusan hutan dan agak kecewa melihatnya. Alam akan menjadi lebih lestari, jika manusia tidak mencemarinya. Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global seperti perbalakan tidak akan dapat diatasi.




Menghargai , memulihara dan memelihara alam merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , jadi kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan mula menghargai dan memulihara alam sekitar

0 Response to "Keindahan bukit bakau | BUKIT SULING"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel