Sedap ker makan Latok??
Latok adalah makanan Bajau Laut yang terkenal di sabah. Latok ini merupakan rumpai laut anggur. Ia boleh dimakan mentah atau dihidangkan dengan campuran perahan limau kasturi, sos pencicah sebagai pembuka selera. Latok juga boleh dimakan bersama nasi panas seperti ulam. Latok sangat terkenal pada semenjak ini dan ramai orang telah berkongsi Latok ini di aplikasi facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya tentang kesedapan Latok ini.
Latok merupakan satu tumbuhan yang teksturnya seperti telur ikan. Katanya makanan tradisi kaum Bajau. Ramai cakap sedap, tapi kalau tak cuba, tak tahu kan? Lidah dan tekak setiap manusia kan lain-lain untuk menerimanya ataupun tidak. Ada orang kata latok ini hanyir sedikit, tapi kalau dibasuh dengan betul mungkin dapat kurangkan hanyir tersebut. Latok ni kena makan time fresh dan tidak boleh simpan lama lama.
Kalau korang beli latok, ia didatangkan dengan sos pencicah dan limau kasturi dan cara nak makan sangatlah mudah
Cara cara makan latok
Basuh latok yang mana korang nak makan sahaja, basuh sehingga bersih dan jangan basuh semua sebab nanti korang dah rasa dan tekak korang dah tak boleh terima rasa latok, dah membazir. Tapi bagi yang penggemar latok tiada masalah untuk memakannya. Cara makan latok ni korang perahkan limau kasturi dekat Latok, mungkin perahan air limau kasturi telah menaikkan rasa Latok ni ditambah pula dicicah dengan sos pencicahnya.
Ada juga sesetengah orang yang berpendapat memakan Latok sambil dinikmati dengan ikan bakar, atau digaul dengan cili belacan dan mangga muda. Jadi sudah terbukti bahawa Latok ini boleh dimakan dengan pelbagai cara, Tapi kalau nak makan Latok mestilah mengikut selera korang sebab tekak kita tidak sama dengan orang lain
Khasiat Latok
Latok ini juga mempunyai beberapa khasiat yang yang tersendiri pada penggemar Latok. Antara khasiat Latok ni adalah baik untuk kesihatan darah, pencegah kanser dan baik untuk tulang, otot dan urat.
Itulah serba sedikit mengenai Latok yang tengah di war-warkan sekarang ini.

Tak pernah lagi makan latuk ni
ReplyDelete