Seri muka tarik hati orang malaysia
Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih tradisi orang Malaysia. Kuih Seri Muka selalunya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat. Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau pada lapisan atasnya dan putih pada lapisan bawah.
Kuih seri muka ini sangat sedap kalau dimakan kerana kemanisannya yang luar biasa. Bukan sahaja lapisan hijau yang sedap tapi juga lapisan pulut yang cukup lemaknya. Saiznya yang besar kalau mengikut talam besar atau kecil. Kuih seri muka ini selalunya kita ternampak pada gerai gerai seperti pasar pagi, pasar malam atau pasar apa sekalipun yang menjual pelbagai kuih muih dan Di situ mesti ada kuih seri muka. Kuih seri muka ini terkenal dari pelbagai usia dari kanak kanak hingga ke orang tua.
kuih yang dimasak atau telah dimasak, barulah ia akan dipotong mengikut saiz yang akan dihidangkan dalam bentuk yang dikehendaki. Kebiasaanya kuih seri muka ini dipotong empat segi atau empat segi tepat mengikut yang dikehendaki dan barulah hidangan dijamu atau dijual. Kuih Seri Muka ini sering sahaja mendapat tempat pada setiap kali kenduri kendara dengan rasanya yang berlemak manis dan lembut menjadikan ia sangat sesuai sebagai pemanis mulut kepada tetamu.
zaman sekarang, selain dari kuih seri muka pandan terdapat juga beberapa jenis kuih seri muka seperti durian, gula merah dan pulut hitam.
Seri muka durian
Seri muka gula merah
Seri muka pulut hitam
Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang sangat mendalam dalam menyediakan kuih muih seperti kuih seri muka pandan dan pelbagai jenis kuih talam. Saya cadangkan anda cuba untuk menjadikan kepakaran anda itu sebagai aktiviti yang boleh menjana pendapatan sampingan.
Yummy!
ReplyDeleteSedap kuih seri muka ni
ReplyDeleteSedap kuih seri muka. Pernah makan kuih seri muka yang biasa pandan tu je. Yang lain belum jumpa lagi.
ReplyDelete