-->

4 SEBAB | kedai mamak selalu penuh !

Kenapa rakyat Malaysia suka makan kedai mamak di negara kita ini cukup popular ke? Apa kelebihannya?

4 sebab kedai mamak sentiasa penuh

Jadi sebab yang pertama menu di kedai mamak ini sangat banyak dengan pelbagai jenis hidangan yang dihidangkan seperti roti canai, roti telur, roti sardin, roti bawang, murtabak, thosai, capati, nasi kandar, nasi briyani, Mee goreng, Maggi goreng, rojak mamak, cendoi, ais kacang, teh tarik dan pelbagai jenis jus buah-buahan jadi memang banyak menu, kalau datang ke kedai mamak tak perlu risau semuanya ada.

Yang kedua, service di kedai mamak memang laju yang sememangnya kita sudah tahu, bila kita sampai sahaja di kedai mamak, mamak pun sudah ready untuk ambil menu kita, jadi tak payah nak tunggu lama lama dan sesetengah kedai bila kita pergi kena tunggu dan lepastu kena panggil waiter, jadi agak lambat dan bila mana service laju kita macam seronok dan semangat sikit nak makan. Kemudian service mamak ini sangat pandai kenapa? Sebab ada wifi, jadi wifi dapat tarikan kepada pengguna yang berkunjung. Itu sebab ramai orang makan di kedai mamak.

Yang ketiga, kedai beroperasi 24 jam. 24 jam itu waktu mana yang kita pergi mesti boleh makan. contoh macam kita pergi lepas main bola pada waktu petang mesti boleh makan atau waktu malam. Itu memudahkan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar pada bila-bila masa. Kedai mamak ini tadi akan mula dipenuhi oleh remaja-remaja untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka bila adanya perlawanan bola sepak. Mereka akan menonton secara siaran langsung perlawanan bola sepak tersebut.

Yang keempat, lokasi kedai mamak memilih untuk membuka premis mereka di lot tepi bangunan atau di kawasan taman. Pernahkah kita perasan bahawa setiap taman mesti ada sekurang kurangnya satu kedai mamak. Antara faedah premis seperti ini adalah untuk memudahkan pelanggan mencari kedai mereka.

4 Responses to "4 SEBAB | kedai mamak selalu penuh !"

  1. Nasib baik wak tak masuk kedai mamaks

    ReplyDelete
  2. menu sedap kat kedai mamak ni. tapi itu lah kadang2 ada berita2 yang tak sedap didengar

    ReplyDelete
  3. Memilih untuk tidak makan atau beli kat kedai mamak :)

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel