Burger Tepi Jalan Atau Fast Food ?
Sebenarnya, dalam tak sedar burger mungkin telah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia sama ada burger fast food atau burger tepi jalan. Tapi yang mana satu yang menjadi pilihan anda? Itu adalah jawapan anda sendiri untuk memilih yang mana satu akan menjadi pilihan anda. Sejujurnya, apa yang saya nak sampaikan adalah burger tepi jalan malah jauh lebih sedap dari burger fast food dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia pun suka makan burger tepi jalan dan termasuklah anda. Kalau kita lihat, kedai burger tepi jalan ini sudah banyak. Kalau tak percaya, cuba perhatikan di taman-taman perumahan, di pasar malam, pasar pagi, pasar apa sekalipun, hampir semua tempat berkenaan sekurang-kurangnya mesti ada satu gerai burger di situ. Betul tak?
Jadi, apa agaknya yang menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia gemar membeli daripada gerai burger tepi jalan ini berbanding burger fast food seperti burger king, mcdonald dan sebagainya. Antara Faktor utamanya adalah:
Gerai burger tepi jalan ada di Mana - Mana
Antara faktor utama orang Malaysia suka beli burger di gerai tepi jalan adalah kerana gerai-gerai ini mudah dijumpai di mana-mana. Seperti yang saya sebut di atas tadi, hampir setiap taman perumahan ada jual burger tepi jalan ni.
Sebagai seorang pelanggan atau pembeli, perkara utama yang paling kita suka mestilah benda yang senang dapat kan? atau dekat dengan rumah kita? Kalau susah nak dapat atau jauh dengan rumah, itu memang kita tak suka dan menjadikan hal itu sebagai satu masalah. Sebagai contoh, cuba kita bayangkan katakan kita terfikir nak makan burger tengah malam tetapi Gerai jauh? Dah jadi satu hal kan. Tapi adanya gerai burger tepi jalan ini, Jalan kaki 5 minit dah jumpa gerai jual burger. Mestilah kita suka kan? Kita Tak perlu nak telefon, naik kereta atau sebagainya, dekat situ kita dah boleh jimat masa, minyak kereta dan sebagainya.
Gerai burger tepi jalan Lebih sedap
Apa yang kita tahu Burger tepi jalan lebih sedap dan puas hati kalau dimakan berbanding burger fast food. Burger di fast food bukannya tidak sedap, malah ada juga yang sedap, tapi tidak boleh lawan dengan Burger tepi jalan. Kita mestilah mahukan kesedapan dan kepuasan bila makan Burger kan? dan kesedapan itu ada pada gerai burger tepi jalan dengan rasa yang tersendiri. Setiap gerai burger mempunyai resepi dan rasa yang tersendiri, jadi anda boleh cuba mana mana gerai burger yang menjadi pilihan anda
Gerai burger tepi jalan lebih Murah berbanding burger fast food
burger yang dijual di tepi jalan jauh lebih murah berbanding burger - burger yang berjenama seperti burger king, mcdonald dan sebagainya. Harga burger tepi jalan tidak la mahal, kalau berlanja kawan kawan atau ahli keluarga masih mampu lagi untuk membayarnya.
Burger Fast Food pula agak mahal, kalau makan seorang boleh lagi tetapi kalau makan dengan ahli keluarga, tak ke haru masa nak membayar. Tapi yang mampu tidak punya masalah
Orang Malaysia dengan burger tepi jalan ni memang tak dapat dipisahkan. Atas sebab itu, kalau kita perhatikan bisnes burger jalanan ini tidak akan pupus di Malaysia malahan semakin banyak pula gerai burger tepi jalan yang didirikan.

Kita sokong peniaga2 kecil jual berger tepi jalan
ReplyDeletesaya suka burger tepi jalan, murah dan puas hati
ReplyDelete