Ingat Lagi Permainan Nostalgia Paling Seronok
SEMBANG TEH Tiba tiba teringat pulak Permainan nostalgia semasa zaman kanak kanak dulu
banyak permainan lama yang sudah ketinggalan zaman kerana adanya permainan yang lebih menarik seperti permainan komputer dan video, permainan di telefon pintar dan sebagainya. Seperti yang anda tahu, dahulu pelbagai jenis permainan yang sangat popular di kalangan kita pada zaman dahulu.
Salah satunya permainan yang paling seronok sekali kalau bermain adalah Sorok Sorok
Permainan sorok-sorok, permainan ini sangat seronok. Bila sebut pasal permainan ini ingat pula ibu atau ayah selalu pesan, jangan main sampai maghrib nanti kena sorok dengan hantu. Permainan ini Seorang akan dilantik untuk cari semua ahli yang sedang menyorok. Kemudian, Dalam kiraan 10-20, anda kena cepat-cepat sembunyikan diri. Kalau Orang lelaki yang main ini, nak cari dia memang susah betul, dalam semak pun boleh menyorok
Kemudian, baling selipar pun best jugak
Permainan baling selipar, permainan ini terdiri kepada 2 kumpulan. Satu kumplan mestilah menjatuhkan selipar yang disasarkan dan satu kumpulan lagi mestilah mematikan pihak lawan dengan menggunakan selipar juga. Caranya, baling selipar kepada semua anggota lawan sebelum mereka berjaya dirikan semula selipar yang dijatuhkan tadi. Permainan ini memang riuh sekampung kalau main, asyik nak jerit jer. Silap silap selipar terbang atas kepala
Seterusnya polis entry
Permainan ini merupakan satu permainan di antara polis dan pencuri, di mana mereka akan mengundi untuk dibahagikan kepada dua kumpulan. Untuk memulakan pengundian, lagu akan dinyanyikan, seperti ini “Polis entri one two jaga, polis mati pencuri jaga". Jadi pihak polis bertanggungjawab untuk menangkap kesemua pencuri dan memasukkannya ke dalam penjara kononya. Jika kesemua pencuri telah ditangkap dikira menang dan akan tukar pula yang polis menjadi pencuri pula. Kalau main polis entry ini yang bestnyer jadi pencuri sebabnya kalau kita yang lambat kena tangkap terasa macam kita ini hebat kononya. Tapi kalau baru main dah kena tangkap memang murung.
Okay, ini sahaja permainan yang selalu saya main waktu kanak kanak dulu, sebenarnya ada lagi tapi tiga permainan ini yang paling best bagi saya. Apa pula permainan korang waktu kanak kanak dahulu

paling suka main nyorok2lah
ReplyDeleteMain nyorok2 paling best nyorok dlm rumah
ReplyDeleteHello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
ReplyDeletecreative agency malaysia
graphic design malaysia