-->

Cara Kenali Raja Buah

Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi yang berwarna kuning pekat. Musang King, cara mengenali Musang King adalah tengok di bahagian bawah buah sama ada mempunyai corak yang seakan-akan bintang atau tidak, Jika ada itu adalah buah Musang King.



Salah satu ciri, kulit buah Musang King sangat rapuh dan mudah pecah dan sebab itu juga buah Musang King akan di ikat atau di letakkan jaring di pokok supaya apabila buah itu jatuh tidak akan jatuh ke tanah berbanding buah durian yang lain Sebab itu harga Musang King lebih mahal, malah bukan mudah untuk ikat tali pada setiap buah.

Ramai yang tidak tahu bahawa buah Musang King ini boleh dibuka dengan menggunakan sudu sahaja berbanding Buah durian yang lain sebagai contoh durian kampung, durian kahwin dan sebagainya yang  menggunakan golok atau kapak.

Isi buah durian jenis Musang King lebih tebal ditambah pula rasa lemak dan pahit sedikit dan bijinya pula lebih kecil berbanding durian yang lain



Musang King memang cukup diminati oleh penggemar durian sehingga dijual agak mahal, bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain. Walaupun harganya lebih mahal daripada jenis durian yang lain tetapi bila dimakan memang puas hati.

1 Response to "Cara Kenali Raja Buah"

  1. Dah ramai orang tanam, nanti mungkin harganya boleh turun lagi.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel