-->

Pernah makan Nasi Durian ??

sembang teh - "Nasi Durian'?.. Pernah anda makan ? nasi durian Sedikit berbeza dengan pulut durian yang selalu kita makan atau terdapat di gerai gerai yang menjual durian. Cumanya pulut digantikan dengan Nasi. Bak kata perpatah belum cuba belum tahu, mesti ada yang kerut kerutkan dahi, dah mula tanya..hmm sedap ke?..apa eks rasa dia. Pada yang tak biasa mungkin pelik. Tapi pada saya walaupun ianya sesuatu yang baru, tapi tetap boleh diterima..sedap.. Nasi durian ini tidak menggunakan santan malah ia menggunakan air panas atau suam sahaja. Cara untuk melakukan sangatlah mudah


BAHAN-BAHANNYA

  1. 1 1/2 cawan nasi
  2. 4 ulas isi durian, ( ikut selera korang )
  3. Garam secukup rasa
  4. Gula secukup rasa
  5. 1 - 2 camca besar air hangat
  6. Simpulan daun pandan untuk hiasan
  7. Sedikit gula pasir kasar, untuk hiasan






CARA MEMBUATNYA

Dalam satu bekas, satukan nasi, 3 ulas durian, air hangat. Taburkan gula secukup rasa dan sedikit garam dan Kacau hingga rata dan sebati. Masa ini isi isi durian semua terlucut dan tinggal biji sahaja


Selamat mencuba:)


2 Responses to "Pernah makan Nasi Durian ??"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel