-->

Kemudaratan Air kosong Jika Terlebih Minum


Sembang Teh - Kita dimaklumkan bahawa air adalah sejenis nutrien perlu yang tanpanya tidak akan memungkinkan kehidupan. Kita mungkin hidup hanya beberapa hari tanpa air, sedangkan kita mampu bertahan beberapa minggu, malahan bulan tanpa nutrien lain.Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan manusia. Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi cecair itu. Air kosong menjadi minuman utama bagi setiap orang.
Ingin tahu mengapa anda perlu menjadikan air kosong minuman utama?
Badan manusia memerlukan lebih kurang 2 liter air sehari. Air mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati dan menghalang badan daripada kecederaan. Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Jadi, anda perlu mengembalikan semula keseimbangan bekalan air dalam badan melalui makanan dan minuman mengandungi air



kesihatan


Tapi tahukah anda Air terlalu banyak dalam tubuh badan juga boleh mendatangkan kemudaratan.

Tanda-tanda terlebih air didalam badan

1. Anda berasa hilang arah apabila air dalam botol habis selepas meminumnya.

2. Anda terlalu risau dengan warna air kencing dan terus meminum air untuk menjernihkannya. Namun tahukah anda apabila air kencing terlalu jernih ia bermakna badan mengalami hidrat.

3. Anda kerap terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil. Jika lebih daripada 10 kali, bermakna anda telah meminum air lebih daripada sepatutnya.
Top of Form
Bottom of Form


2 Responses to "Kemudaratan Air kosong Jika Terlebih Minum"

  1. Paling tak suka nombor 3 sebab kacau tidur. Apa pun, kena amalkan bersederhana makan minum apa pun

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel