-->

Boleh ke bagi haiwan makan daging korban

Daging korban

Pernah tak korang kena tegur oleh seseorang atau sesiapun "Eh daging korban tuh tak boleh bagi dekat haiwan lain makan" atau kucing ke sebab daging korban itu kita dah niatkan untuk bagi orang tertentu untuk makan dan memerlukan dan niat untuk agihkan kepada kawan kawan golongan muslim.

Jadi apakah hukum memberi makan daging korban kepada haiwan tak kisahlah haiwan peliharaan, haiwan ternakan atau haiwan jalanan. Kebiasaanya semasa hari raya aidil adha kita mesti ada banyak daging korban di dalam peti ais samada kawan bagi atau kampung sebelah buat korban dan bagi dekat kita. Jadi kadang kadang ada lebihan dari masakan itu kita buang dalam tong sampah dan ada orang bagi dekat itik belakang rumah makan dan ada orang bagi kucing peliharaan makan, jadi boleh atau tidak?

Sebenarnya boleh saja nak bagi haiwan lain makan dan tiada masalah. Kita juga digalakkan melakukan perlakuan ehsan dalam semua perkara. Ini menunjukkan perlakuan memberi daging korban kepada haiwan lain itu tidak salah malah digalakkan daripada berlaku pembaziran. Daripada kita buang dalam tong sampah, buang merata rata, baik kita kongsi rezeki itu dengan haiwan.

Ada sesetengah orang menganggap tulang dan daging  dari daging korban tak boleh buang merata rata. Sebenarnya anggapan itu tidak lah sebegitu, boleh saja kita nak buang dalam tong sampah tapi mestilah buang dengan cara yang betul dan ada sesetengah orang kata kena tanam. Tidak semestinya kena tanam, buang dengan cara yang betul sudah memadai dan jangan buang merata rata.

3 Responses to "Boleh ke bagi haiwan makan daging korban"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel