-->

kampungku

Sembang teh - Apabila tiba sahaja hujung minggu atau cuti persekolahan yang panjang, inilah masa yang ada untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Percutian yang singkat namun kesempatan yang ada perlu dihabiskan dengan sebaik-baiknya.

kampung
Namun itu percutian yang paling seronok ialah di kampung yang sangat mencuit hati dan mengenang waktu kita kecil dahulu. Rindu Susana Aman Di Kampung

Suasana yang segar dan nyaman tanpa sebarang pencemaran udara dan bunyi begitu mendamaikan. Dikelilingi oleh kehijauan pepohon serta nyanyian burung terasa hilang segala kekusutan yang ada di fikiran sambil duduk di atas kerusi goyang rotan sambil mengingati Memori-memori silam difikiran yang adakalanya membuat diri ini tersenyum-senyum sendirian.






bendang


Parit besar atau "koqyu" yang menjadi saluran air sepanjang kampung menjadi aktiviti harian budak budak terjun bermandi manda, memancing, kayuh basikal pagi petang bersama adik beradik atau rakan rakan kampung. Setiap kali waktu petang mesti akan berendam dalam parit itu sehingga terbenam matahari. Pelbagai jenis ikan air tawar seperti haruan, talapia, puyu dan sepat masih mudah didapati.











pokok pisang


Kebun dibelakang rumah, kelihatan hijau merimbun  pokok pisang menjadi sulaman disegenap ruang kosong. Ruang kosong itu terdapat sebuah pondok kayu sambil berkelah beramai ramai menikmati hidangan gulai jantung pisang


gulai jantung pisang




SELAMAT BERCUTI SEMUA SEMOGA CUTI KORANG KALI INI LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP KORANG............


















2 Responses to "kampungku"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel