-->

Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan

Pada malam-malam Ramadhan ini, hendaklah kita memperbanyakkan melakukan solat. Hal ini kerana semakin banyak bilangan rakaat yang kita lakukan, semakin besar peluang kita membersihkan diri daripada dosa. 


"Sesungguhnya seorang hamba apabila berdiri melakukan solat, semua dosanya diletakkan di atas kepala atau bahunya. Setiapkali dia rukuk atau sujud, dosa-dosa itu berguguran" (HR Ibnu Hibban)


Antara solat yang boleh dilakukan seperti:


1. Solat sunat rawatib Qabliyah dan Ba'diyah

2. Solat sunat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat

3. Solat sunat witir 3 rakaat atau 11 rakaat

4. Solat sunat tahajjud 11 rakaat atau 13 rakaat

5. Solat sunat tasbih 4 rakaat

6. Solat sunat hajat 2 rakaat atau lebih

7. Solat sunat dhuha 8 rakaat atau 12 rakaat 

8. Dan pelbagai solat sunat yang lain. 


♡Bulan Ramadhan bulan keampunan. Ditambah dengan ibadah solat sunat yang banyak, semoga semua dosa kita keguguran dan diampunkan Allah swt. Aamiiin♡


0 Response to "Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel