KENAPA PERLU MAKAN SAYUR HIJAU ?
Sembang Teh - Sayur hijau ni penting, Tapi ramai orang tak suka makan
sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dan
lain-lain lagi. Sebenarnya sayur ini amat penting bagi diet yang seimbang lebih
lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda,
jangan tunggu sakit baru nak makan sayur. Mesti ramai yang akan
tertanya-tertanya apa kelebihan atau faedah makan sayur? Disini saya akan
kupaskan apa faedahnya kalau makan sayur hijau
Apa faedahnya makan sayur hijau?
Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi, serat ini akan membentuk seperti jaring yang akan menahan kanji ni dari diserap sekali gus. Secara tidak langsung boleh membantu menurunkan indeks glisemik kanji dan tidak meningkatkan paras gula darah secara mendadak.
Sayur hijau melawaskan, ini juga berfaedah menggerakkan makanan dalam usus dengan tempoh yang lebih sihat. Dapat mengawal kolesterol dan gula. Syarat kena minum air mencukupi supaya lebih lancar.
Sayur hijau tinggi dengan klorofil. Ia bersifat alkali dan dapat membantu untuk menyahtoksik darah, meng alkali kan darah bagi pesakit kencing manis yang darah nya lebih asidik. Darah berasid ni kuman suka biak, kanser pun suka jugak.
Baca Juga : Jom Jaga Kesihatan Diri Kita
Sayur hijau juga kaya dengan bahan nutrisi yang boleh melebarkan salur darah, melancarkan aliran darah yang sudah tentunya menjadi masalah besar kepada pesakit kencing manis. Juga sangat sihat bagi kesihatan kardiovaskular.
Sayur hijau kaya dengan pelbagai phytonutrisi yang boleh melawan radang, melawan radikal bebas (fungsi antioksidannya), vitamin yang berfaedah, folate (untuk kesihatan DNA dan RNA), beta carotene, lutein dan banyak lagi yang berfungsi untuk awet muda.
Makan sayur ini bukanlah perkara mudah bagi orang yang tidak makan sayur tetapi kalau kena dengan cara masakan pasti sedap. Nasihat saya bagi pesakit kencing manis, kalau makan nasi, isikan separuh pinggan dengan sayur hijau kerana ia dapat mengenyangkan dan terbaik untuk kesihatan
mesti ada sayur hijau dalam menu seharian kita
ReplyDeleteSuka mkn sayur..sedap
ReplyDeleteSayur ni memang wajib ada kalau makan. Paksa diri walaupun tak suka sangat
ReplyDelete